INI BELOG ELLA

Monday 9 March 2015

Resepi Kari Ikan Plotan Ringkas dan Sedap :)

Assalammualaikum w.t.b

Resepi ni paling ringkas. Sesuai utk korang baru nak start2 belajar buat kari an boleh try resepi ni.
Ni resepi yang mak ela ajar pd ela dulu sbb ela suka makan kari yang mak masak :)

Ok bahan2 yang di perlukan

1 ekor ikan plotan (Belah2 ikut suka korang)
10 batang bendi muda, cuci dan toskan (kalau suka bendi boleh letak byk skit)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1 kotak santan
1/2 cawan jus asam jawa
1 paket rempah kari ikan (jenama Baba's)
2 sudu besar penuh cili kering kisar (kalau suka pedas taruk byk skit)
4 biji bawang merah, kisar halus
3 ulas bawang putih, kisar halus
1 inci halia, kisar halus

1 batang kayu manis, dan sedikit rempah ratus (bunga lawang,bunga cengkih,pelaga dll)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya

  1. Bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air cili kering yang dikisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan yang dikisar berserta dgn rempah ratus (karu manis,bunga lawang,bungan cengkih,pelaga dll) tumis hingga harum,masukkan bancuhan rempah tadi dan kacau. jangan sampai hangit. gunakan api yang kecil.
  2. Bila kari dah naik myk @ masak masukkan santan dan kacau lg. Selepas itu barulah masukkan air asam jawa garam dan gula secukup rasa. Bila dah agak mendidih masukkan ikan dan kacang bendi. ( kacau perlahan sebab takut isi ikan pecah2). Biarkan sampai bendi masak.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, Dan siap dihidang.



Review product Bio Oil

Assalammualaikum w.t.b..

Ok sekarang ni ela tgh pakai product Bio Oil. pakai ni sebab nak ilangkan parut kat muka ni ha...gatal tgn picit2 jerawat hah padan muka la kan..org ckp jgn picit nak jugakkk...alah org yang cakap tu pun sama..hahaha..picit jugak kan kannnn??

So sebab dah rasa kurang yakin pulak bila ada parut2 itam kat muka ni, mula la kt nak cari produk apa yang sesuai utk ilangkan...

Review pny review blog2 tu ada jmp satu blog ni yang die gunakan Bio Oil utk ilangkan parut baru dan lama..

Ela baru guna 2 minggu...apa yang boleh cakap mmg produk Bio Oil ni sesuai dgn ela. parut2 tu nmpk pudar dan kulit makin lembut. Ela akan pakai setiap mlm sblm tido..mmg x berminyak bgn pg rasa kulit soft jer...hihik suka3. tang parut tu ela ltk lebih skit dan urut2 skit. Walaupun nak nmpk kesan agak lama tapi puas hati sebab x mcm produk2 yang cepat tapi menggelupaskan kulit kita kan...kulit kt pun nmpk sihat..Alhamdulillah

Sumber google


Fungsi Bio oil

-Parut

-Bekas kulit teregang

-Ketidakseragaman warna kulit

-Penuaan kulit

-Kulit kering

Keistimewaan produk Bio Oil
-Hasil yang terbukti secara klinikal
-Vitamin A dan E-
Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil-
Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat
-Sesuai untuk kulit yang sensitive
-Tiada pengawet
-Halal
Tu jer lah untuk kali ini. mana tau korang yang tgh cari2 cara mcm mana nak ilangkan parut tu kan boleh try Bio oil. Satu botol kecik tu boleh tahan lama. jimat2..hehehe
Wassalam :)

Sunday 8 March 2015

Doorgift Cantik & Murah

Assalammualaikum w.t.b

Kalau ada antara korang yang belum tau nak bagi doorgift apa untuk majlis, xkisahla majlis apa pun kahwin,akikah, cukur jambul dan lain2, korang boleh bg doorgift ni...Custom yassin. ;)

Doorgift ni kira mcm nak ucapkan tanda terima kasih la pada tetamu sebab memeriahkan majlis. Bukan tu saja setiap tetamu yang datang akan mendoakan yang terbaik untuk kita. jadi apa salahnya utk kita beri sedikit penghargaan pada mereka kan..in shaa allah berkat..

Aishh mmg rambang mata la nak pilih...hihik..mmg cantik2 design dia. murah plak tu kan... jadi utk korang yang nak order boleh whatapps ela 0126456580 untuk tempahan.. ela bagi harga kasih sayang untuk korang :) sapa yang whatapps nanti ela bg lg design yang terbaru k...


Ni gambar yassin + kotak
nampak kemas kan :)



Ok ni plak yassin + kotak + tasbih
Bagi mcm ni pun cantik..letak reben skit .. tetamu mesti suka dan dapat pahala...in shaa Allah :)



Ni yassin shj. xada kotak



jangan malu2 segan2...sempat lagi ni nak order....sebab ni mmg ready made...x perlu tunggu lama..nak COD pun bole...pos pun bole :)
Whatapps ela 0126456580

Zikir Harian

Assalammualaikum w.t.b

Peringatan untuk saya dan kawan2. Sumber dari pakcik google :)
Semoga segala apa yang kita usahakan diterima OlehNya. Amin.





Assalammualaikum w.t.b

Assalammualaikum w.t.b

Alhamdulillah hari ni masih lg boleh bernafas. Terima kasih Allah atas kurniaan ni, Diberi kesihatan yang x semua orang dapat Alhamdulillah.
Saya ela, tapi tu nama timangan yang arwah nenek bagi masa sy kecil. sebab apa kurang pasti tapi arwah mak penah cakap yang arwah nenek suka nama seorang permaisuri masa dulu. tapi xpasti pulak negeri mana..hihik dah lama sgt kan. so utk x kecikkan hati nenek mak pun pggl nama kt ela. Alhamdulillah.
Saya lahir kat pahang. Tapi ibu ayah lahir Perak. Kira asal Perak la. kitaorg ada keturunan banjar,:)...actually saya suka sangat bila balik kampung. Bila kumpul ramai2 dengar la pakcik makcik speaking banjar :D ..xpaham??? eh mana ada la saya faham la apa diorg cakap, tp nak balas balik dlm bahasa banjar tu susah skit la kan...takkk...bukan malu tapi lidah tu mcm tergeliat skit. :)
ok tu jelah kot untuk permulaan ni. nanti ada masa dan idea saya akan tulis lagi. In sya Allah.
Apa2 sentiasa bersyukur dan ucap Alhamdulillah :)