INI BELOG ELLA

Monday 9 March 2015

Resepi Kari Ikan Plotan Ringkas dan Sedap :)

Assalammualaikum w.t.b

Resepi ni paling ringkas. Sesuai utk korang baru nak start2 belajar buat kari an boleh try resepi ni.
Ni resepi yang mak ela ajar pd ela dulu sbb ela suka makan kari yang mak masak :)

Ok bahan2 yang di perlukan

1 ekor ikan plotan (Belah2 ikut suka korang)
10 batang bendi muda, cuci dan toskan (kalau suka bendi boleh letak byk skit)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1 kotak santan
1/2 cawan jus asam jawa
1 paket rempah kari ikan (jenama Baba's)
2 sudu besar penuh cili kering kisar (kalau suka pedas taruk byk skit)
4 biji bawang merah, kisar halus
3 ulas bawang putih, kisar halus
1 inci halia, kisar halus

1 batang kayu manis, dan sedikit rempah ratus (bunga lawang,bunga cengkih,pelaga dll)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya

  1. Bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air cili kering yang dikisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan yang dikisar berserta dgn rempah ratus (karu manis,bunga lawang,bungan cengkih,pelaga dll) tumis hingga harum,masukkan bancuhan rempah tadi dan kacau. jangan sampai hangit. gunakan api yang kecil.
  2. Bila kari dah naik myk @ masak masukkan santan dan kacau lg. Selepas itu barulah masukkan air asam jawa garam dan gula secukup rasa. Bila dah agak mendidih masukkan ikan dan kacang bendi. ( kacau perlahan sebab takut isi ikan pecah2). Biarkan sampai bendi masak.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, Dan siap dihidang.



No comments:

Post a Comment